Sebelum anda tanya
Masih ragu-ragu? WhatsApp soalan anda, kami jawab terus.
Berapa lama saya perlu komit?
Kami syorkan tiga bulan, bayaran bulanan secara advance. Content ambil masa beberapa minggu untuk dapat momentum, jadi sebulan jarang tunjuk gambaran sebenar.
Bajet iklan termasuk dalam package?
Tidak. Ad spend anda bayar terus kepada Meta. Fee kami meliputi setup campaign, targeting, monitoring dan optimisation.
Boleh jamin jualan naik?
Tidak dan berhati-hati dengan sesiapa yang janji macam tu. Kami jamin content yang konsisten dan berkualiti dengan CTA yang jelas dan kami report angka supaya boleh tambah baik setiap bulan bersama.
F4 akan balas DM customer saya?
DM, customer service dan closing sales kekal dengan team anda. Untuk package Scale, kami review flow enquiry WhatsApp anda supaya lead sampai kepada anda dengan lancar.
Boleh saya bagi input sebelum shoot?
Boleh. Idea dan skrip dipersetujui dengan anda sebelum setiap shoot. Lepas edit, anda dapat round revisi: satu untuk Presence, dua untuk Growth dan Scale.
16 video maksudnya 16 untuk setiap platform?
Bukan. Jumlah video ialah jumlah sebulan. Video yang sama di-post di semua platform dalam package anda. Variasi ad diadaptasi dari video tu, bukan video utama tambahan.
Kami di luar KL dan Selangor. Boleh datang?
Boleh, dengan caj travel berasingan. Talent luar, sewa studio dan reshoot juga dicaj berasingan.
Saya cuma perlukan satu video atau liputan event.
Tiada masalah. WhatsApp tarikh, lokasi dan apa yang anda perlukan, kami hantar quotation projek.
Sesuai kalau
- Produk atau servis anda cantik, tapi posting on-off
- Anda owner yang buat keputusan marketing
- Anda boleh terima lebih banyak booking atau order dari sekarang
- Anda nak partner sekurang-kurangnya tiga bulan
Mungkin tak sesuai kalau
- Anda nak jaminan jualan. Agensi yang jujur tak boleh janji macam tu
- Anda nak kami balas DM atau close sales untuk anda
- Anda nak lokasi berbeza setiap sesi shoot
- Anda cuma nak satu video. Minta quotation projek
Jom buat brand anda menyala.
Isi brief ni, WhatsApp akan terbuka dengan semua maklumat siap. Kami balas dengan idea dan package yang sesuai.
Isi brief, terus WhatsApp. Kami balas dengan idea & package sesuai.
Isi brief 1 minit, terus WhatsApp